Tuesday, 20 December 2016

Tak Boleh InGat JaLan WALAUPUN dah lalu LEBIH SEPULUH kali atau ke SERATUS kalinya.

Peringkat kanak-kanak

1. Waktu perhimpunan mesti cikgu suruh ade angkat tangan kanan, angkat tangan kiri betulkan barisan. Akulah antara insan yang kene berfikir kanan mane satu ha? kiri? tak pon tengok orang lain angkat tangan mane.

2. Darjah 1 sebelum pergi sekolah mak akan tengok pastikan aku pakai kasut tak terbalik kiri ngan kanan. Seumur hidup masa kanak-kanak sampai 12 tahun guna kasut plaster tak pernah pakai yang ikat bertali. Susah woo nak kona kiri kanan tali tu silang bagai.

3. Main game yang melibatkan pertukaran anggota badan kiri ngan kanan confirm lembap tukar tak pon tak boleh buat ...contohnye game jari bentuk L/pistol tangan kiri ngan kanan.


Walaupun beza lambat kiri ngan kanan, aku takde masalah membaca, menghafal, tambah, tolak, bahagi, darab. Siap boleh tulis balik bismilah dengan betul dan surah al-fatihah dalam bahasa arab dengan kesalahan minima.

Masa peringkat ni memang tak rasa apa-apa. BUDAK ape tau maksud kurang atau lebih.

Umur 13-17 tahun

1. Masuk sekolah berasrama. Pergi outing kesekalian berapa kalinye entah masih tak boleh ingat jalan kat pekan Gerik. Ohhh Come..On! Pekan Gerik je kot dalam era tahun 1999-2001 pulak tuh. Tak kan lah 3 tahun pon tak boleh ingat lokasi kedai..Frankly, tak mampu ingat..masa ni dah mula rasa otak aku ni ade sesuatu yang kureng.

2. Perkara yang sama berlaku bila aku outing di Pekan Bahau. Masa ni da tukar sekolah. Waktu umur 16-17 tahun la aku confirm dan confident sememangnya aku benar-benar sedar bahawasanya aku spesies tak mampu nak ingat jalan. Sedih la jugak sebab aku tak boleh ape yang orang lain boleh iaitu INGAT JALAN. Kalau ade orang tanye kedai bla bla kat mane..tak dapat den nak jawab, den boleh panggil orang lain jo la toghangkan kat ekau.

Umur 18 tahun

1. Amek lesen memandu di Teluk Intan bersama acik Leha. Acik Leha ni cikgu memandu aku..garang woo.. Ada 2 route untuk ujian memandu, contohnya Jalan A dan Jalan B. Al-maklumlah aku ni ade masalah kiri ngan kanan apetah lagi nak ingat jalan. Banyak kali la aku buat jalan sendiri iaitu Jalan C, D, E, F ke lebih lagi..maka acapkalila aku dimarahi acik Leha kerana membawanya jalan-jalan C, D, E, F,..lari budget minyal petrol die..ekekeke😜..Antara ayat nye bile aku salah simpang masuk "Saya ajar awak jalan yang senang, tak sesak..kamu yang cari jalan susah","Dah banyak kali lalu jalan yang sama, takkan tak boleh ingat". Aduhai acik Leha tahukah kau air mata ini hampir menitis kerana mengenang diri tak boleh ingat jalan..Aduhai Saleha. Berita baiknye akhirnye aku lulus jua ujian memandu setelah dua kali..kali pertama sangkut kat ujian mane? Mestila ujian kat jalan raya..tu pon tak bleh fikir.

Mase ni aku mula rase kesian kat diri malah kat jantung acik Leha..ahahaha😆 Malangnye rase kesian tu tukar jadi rendah diri😩. Yang ni jangan tiru

Masuk UPSI masa degree

1. Sape yang pernah masuk UPSI lama mesti tau UPSI tu kecik je..tapi kan aku selalu je sesat nak pergi bilik kuliah..bukan la sesat larat mane pon. Situasinye camni..aku tau rupe bentuk bangunan yang nak dituju contohnye tadahan selatan atau tadahan utara tapi masalahnye aku tak tau mane jalan shortcut nak ke tadahan selatan atau tadahan utara. Lagi satu kat bangunan tadahan ni ada 'roundabout' jalan kaki yang sekangkang kera ala ala lobi kecik. Kat sini pon kenkadang aku confuse arah mane la bilik kuliah aku ni..selalu je salah masuk. Ada aku kisah? Dah salah patah je la balik. So What? So aku akan ambil mase jugakla sampai kelas kalau takde kawan sekuliah yang seiring perjalanan aku ke bilik kuliah.

2. Ama ngan Wan kawan kuliah paling rapat kat UPSI pon menyedari 'KEISTIMEWAAN' aku ini. Diorang selalu melawak risau aku sesat. Pada masa ni aku tak ambik hati sebab memang dah dapat terima inilah kekurangan otak aku. Ama ngan Wan juga sanggup merisikokan nyawa naik kereta kancil merah yang dipandu oleh aku di sekitar Tanjung Malim, Slim River  mahupun Rawang di waktu malam. Ama selalu jadi co-pilot kiri kanan..paling diingat kalau die suruh aku masuk simpang Ama akan cakap "kanan..tik..tok..tik..tok". Tik..tok..tu alarm mulut bagi signal by Ama.

3. Simpang Empat besar Tanjung Malim tu pon aku susah nak hadam apetah lagi pekan Tanjung Malim. Padahal 4 tahun kot tinggal kat situ. Ala..simpang yang ade ke PROTON, ke arah KL, arah Ipoh, arah nak ke Jalan Ketoyong. See sedih tak sedih kalau korang ada kat tempat orang cam ni.

4. So camne aku cope masalah ni, bace je la signboard jalan dari jauh. Tapi kalau terlepas ko patah je la balik. Senang kan? Aku bukan tengah nak  kejar kontrak berjuta-juta pon. Pekan Teluk Intan yang kereta bersesak sesak one way bagai ko boleh harungi tak kan la Pekan Tanjung Malim tak mampu. Confidentkan diri walaupun hakikatnye pura-pura confident dan lebih penting tawakkal kepada Allah. Ye la time ni mane wujud lagi huddle YES 4G, internet dimana-mana dengan kadar harga yang murah, telefon pintar skrin besar pon tak wujud lagi.



Bila usia aku dah 29 tahun baru la aku sedar rupanya apa yang aku hadapi ini adalah sejenis LEARNING DISABILITIES. Aku aware tentang perkara ni sebab aku kene buat assignment tentang jenis-jenis LEARNING DISABILITIES (tq Dokter Shamsiah bagi saye tugasan ni 😃). LEARNING DISABILITIES ni bukan OKU, bukan SINDROM, dan bukan BODOH. Ia lebih kepada sambungan saraf kat otak tu tak sama macam orang lain. So otak boleh jadi salah tafsir (MISINTERPRET).Tak faham? Pernah tengok litar siri ngan selari tak? Kalau ya boleh proceed bace. Mungkin sambungan litar bagi satu-satu maklumat disampaikan pada bahagian tertentu tak tersambung ke atau kona jauh sangat ke atau sambungannya sepatutnya siri dah jadi selari. Camtu la analogi yang aku bayangkan.

Keterukan tanda-tanda LEARNING DISABILITIES adalah varied among person. Aku pernah bace ade kes lagi teruk tak ingat rumah sendiri kat mane.Tapi rasenye aku pon lebih kurang aje tapi tak setenat tu, tak ingat parking kat mane lepas abis kelas. Siap tanye kat kawan, "Wei aku parking mana ha?" kalau kat mall besar lagi la, kawan aku yang ingat.

Bagi yang ada masalah ni, jangan risau sekarang dah ade apps WAZE. WAZE mmg membantu dalam atasi masalah kiri kanan kalau tengok skrin. Tapi dalam kes aku tak sepenuhnya membantu sebab ade masalah nak anggar jarak. 100m tu camne? mmg la aku tau macam budak sekolah lawan lari tu. But when it comes on the road dan dalam kereta bergerak, sorry la aku tak dapat agak. At least WAZE dapat membantu anda.

Jangan sedih atau rasa kesal kalau ada DISABILITIES cam ni (pujuk diri sendiri dulu). Kalau member kite jadikan bahan gelak, kite akui je ke DISABILITIES ni dan kite gelak sesame. Bukan gelak pepura atau gelak makan hati. Take it easy.

Kate la nak gi KLIA2. Nak memandu sensorang tak mampu, naik la public transport ke UBER ke dah settle. Kat KLIA pon cam shopping mall tapi rasenye lagi banyak papan tanda besar-besar. So don't worry selagi boleh nampak dan boleh membaca pasti sampai tempat ditujui. Aku pon selalu confuse di manakah diri ini jika berada dalam AEON, kenkadang lupe kat tingkat berape dah, tu tak masuk cari kereta yang telah diparking. Tak yah fikir sangat baik gi foodcourt dulu ke tak pon surau dulu ke kalau tak solat lagi. Dah settle sambung jalan-jalan balik sampai jumpa. Tips ni boleh diaplikasi kalau time tu tak ada perkara yang nak dikejar.

Terima je diri seadanya. Hentak hentak kepala kat dinding pon bukannya sambungan saraf kat otak tu boleh ok macam kau ketuk TV gemok zaman dulu tu (sekarang TV dah nipis). Doktor pon tak sure nak kasi pil ape. Kalau ade pil yang boleh mendatangkan rasa sabar rasenye itula pil yang paling sesuai. Ade ke? TERIMA kekurangan ada, banyak lagi KELEBIHAN yang telah diberi. Mungkin KEKURANGAN yang ade ni sebenarnya adalah perkara yang dapat mendatangkan kebaikan dalam hidup ini.







No comments:

Post a Comment