Monday, 3 July 2017

Sambungan Part 3...Jadual dan cara menjaga GEBAB & DAEBAK

1 APRIL 2017 (Sabtu)

Maka bermula lah rutin beri ubat dengan penuh berdisiplin (walhal aku ni tergolong fail menepati masa).






ISNIN

4.45 pagi:
-aku bangun pokol 4.45 pagi
-sedut antibiotik pakai picagari (2 picagari)
-prepare makanan i/d (2 picagari)
-sarung tangan aku sediakan 2 pasang
-tisu gulung Gold Premier yang tebal (untuk lap mulut bersepah dengan ubat / makanan i/d)
-suratkhabar (untuk tempat lapik makanan)
-kain untuk ganti lapik sangkar (kain jenis tebal dan sedap macam jeans, t-shirt 100% cotton)

5 pagi - 6 pagi:

Bagi antibiotik. Sebab antibiotik cecair ni creamy makanya GEBAB & DAEBAK sangat berusaha keluarkan balik antibiotik dari mulut. Berbuih buih air liur diorang buang..Pandai kome ye. So kena guna tisu sebab tak mo la bersepah sepah antibiotik berliur tu. Untuk elak berterabur antibiotik tu kat baju aku, aku balut diorang ngan kain cam budak dibedung.Makan setengah jam jugak la mase mula mula nak kasi ubat walhal kalau dokter yang buat tak sampai 2 minit dah settle.

Mase aku bagi ubat, GEBAB & DAEBAK ni tertarik gile dengan serangga sorok-sorok atau namenye orok-orok cam seolah-olah nak main walhal tengah sakit kot. So aku dapat idea pagi tu, petang nanti beri makan kat belakang rumah. Belakang rumah ade banyak rumput liar @ semak dan pokok. Kenapa? Sebab berdasarkan kepada pemerhatian aku tadi iaitu 'kucing sakit kronik monyok tertarik dengan orok-orok' aku membuat kesimpulan 'nature is the best medicine to cure the sickness and sadness'. Makhluk hidup yang sakit kronik perlukan harapan untuk teruskan hidup. Aku nak GEBAB & DAEBAK rasekan diorang perlu terus hidup sebab diorang belom lagi explore alam semula jadi. Kucingkan penuh dengan curiosity. So hopefully it's work.

Pukul 5.30 pagi aku bawak GEBAB& DAEBAK keluar depan rumah sebab nak bagi makan i/d. i/d kan ada PORK. Nama pon force feeding mestilah ade tumppah tumpah. Jadi kalau i/d tu jatuh dari mulut diorang ianya jatuh ke tanah, takde la susah payah aku nak menyamak pulak. Kalau bagi dalam rumah dah jadi lagi satu kerja iaitu menyertu.

6 pagi

Mandi, solat subuh, bersiap nak pergi sekolah

6.45-7 pagi (tapi selalu terlajak sampai 7 lebih)

Sarapan sikit (selalu aku sarapan banyak tapi sebab tengah sedih makan sikit je)
Nak dekat pukul 7 tu aku jenguk GEBAB & DAEBAK dalam sangkar. Bace al-fatihah bebanyak sambil ngadap kat sangkar tu.

2 petang

Balik kerja, terus prepare makanan diorang cam orang nak pergi picnic. Aku keluarkan GEBAB & DAEBAK dari sangkar them masukkan dalam carrier. Aku picnic belakang rumah. bawak ORIGINAL TUPPERWARE contain i/d, suratkhabar, sarung tangan 2 pasang, 2 picagari, tisu 2 tarik, 2 perca kain kecik.



Sunday, 2 July 2017

(Sambungan Bahagian 2…perjuangan menentang PANLEUKOPENIA)

31 MAC 2017: JUMAAT

Setelah bangun dari tidur, otak dah mampu berfikir secara rasional. Time aku bangun bagi tetibe je rasa kebertanggungjawaban guru Malaysia.  Atas semangat itu, maka tak jadilah ambil cuti rehat khas (CRK). Tak boleh blah lagi hati ngan otak sependapat dengan tagline 'Tugas tetap tugas'. Tanggungjawab ke sekolah perlu ditunaikan. Jangan ditanya kenapa tetiba aku boleh begitu POSITIF. Tak pasti POSITIF ni jangkitan dari sape.  Aku turutkan otak dan hati, lagi pon Jumaat sampai pukul 12 tengahari je kerja.

Pagi tu aku mengajar penoh bersemangat diselit dengan perangai ngengong ngengong semulajadi. Tapi ade satu part  dalam kelas 4GK buat mula rase nak sebak balik. Dialog seperti berikut:

4GK: Cikgu esok nak cat kelas. Cikgu boleh datang sekolah besok (Sabtu)?
Cikgu: Tak boleh la. Kucing saya sakit.

Telah termaktub dalam undang-undang sekolah murid tak boleh datang ke sekolah waktu cuti tanpa kehadiran guru. Mase sebut perkataan sakit tu suara aku mula vibrate. Sebak mengenangkan GEBAB & DAEBAK tengah UWEK UWEK lagi kat rumah. Aku pon mintak diorang DOAKAN GEBAB & DAEBAK sembuh balik. Layankan je la perangai aku ni. Ahahahaha…Secara lisannya mereka menyatakan,

"Saya doakan kucing cikgu sembuh dan sihat balik".  Aaamiin.

Tetibe datang pule tabung masjid bergerak mase tengah cerite condition GEBAB & DAEBAK kat 4GK. Diorang pon sedekahkan duit dan aku pon sedekahkan RM2 dan berdoa dalam hati supaya GEBAB & DAEBAK sembuh kembali sedia kala. SEDEKAH ni antara perbuatan yang mampu MENJEMPUT REZEKI. HARI JUMAAT pulak adalah antara hari yang DOA nye lebih senang diMAKBULkan (tak silap aku la). Harapnye mustajab la doa murid ngan cikgu sebentar tadi.

Sharp jarum jam pokol 12 tengahari aku pon balik ke rumah. Ambik GEBAB & DAEBAK pakai cat carrier yang paling besar. Aku alas carrier tu dengan bantal busuk lama yang mengerikan. Sape punye entah. Entah-entah bantal busuk kakak mase die kecik dulu yang mana kini umur kakak sudah 42 tahun. Ke Mia punya? Aku lapik bantal busuk tu dengan kain. Nanti dalam perjalanan risiko nak terhentak hentak dapat dikurangkan dengan adanya bantal yang berfungsi sebagai absorber. Permukaan jalan raya ke Teluk Intan ni sememangnya menggegarkan serta mampu menggoncang organ dalaman. Emosi kucing sakit ni kene jage elok-elok sama macam orang sakit jugak.

Sampai di klinik, Dr Radha cam pelik lak tengok GEBAB & DAEBAK sebab aktif walaupun UWEK UWEK berterusan. Dokter dah macam confuse betol ke virus sebab masih aktif. Dokter ambil sebatang cotton bud dan korek bontot DAEBAK untuk ambil sampel najis. DAEBAK shout out loudly and said "WOi, Sakiiiiiitt". Masa dokter bagi tau semalam nak ambil sampel najis untuk menguji kehadiran virus ni aku ingat kene tunggu kucing tu O'O".  Ahahahaha... (Silly). Then, Dokter masukkan cotton bud yang ada sampel najis tadi ke dalam satu botol kiut miut yang mengandungi sejenis larutan. Dokter sebatikan sampel najis yang melekat pada cotton bud tadi dengan menggaulkannya bersama larutan tersebut macam orang kacau gulai. Step seterusnya dia amik alat cam pregnancy test tu then titis larutan yang dah ade sampel najis tadi. Kene tunggu 10 minit. Dalam beberapa minit ni sambil dukung DAEBAK aku mengharapkan semoga keputusan adalah NEGATIF. Tapi Tuhan yang menentukan,  keputusannya adalah POSITIF kerana terdapatnya kehadiran lagi satu garis merah lalu menjadikan dua garis merah. Sedih tapi air mata setakat bergenang tak de la melimpah ruah. Tekad nak jaga GEBAB & DAEBAK sebaik mungkin yang boleh. 


Nama alat ni adalah rapid test parvo virus. C line tu maksudnye control line, C line memang merah.   Yang menjadi penentuan adalah T line. Kalau ade parvo, adalah T line merah tu: ihsan dari google


           Pic ni pulak prosedur yang dokter buat uji kehadiran parvo virus.: ihsan google


Dr Radha tanpa berselindung menerangkan kenyataan yang perlu dihadapi. Peluang hidup adalah 50/50. So bile dengar 50/50 aku rase masih ade peluang. Tapi bila Dokter keluarkan statistik "10% kucing selamat dan 90% kucing yang dijangkiti PANLEUKOPENIA akan mati". Air mata yang ditahan-tahan akhirnya  tumpah mengalir di celahan longkang sempit kelopak bawah mata. Sambil menangis sambil tu aku tanya soalan macam-macam kat dokter bagi penjagaan GEBAB & DAEBAK. Boleh pulak otak ni ligat menjana soalan , then boleh pulak doktor tu faham soalan yang ditanya sambil tengah menangis. Rasanya banyak gila soalan aku kemukakan dari langkah berjaga-jaga handle kucing sakit, cara jangkitan, jenis makanan, kuantiti dan cara bagi makan, mekanisme camne virus parvo ni berkerja pon ade. Baik aku tanye habis-habisan memandangkan sat lagi caj yang dikenakan pastila mencecah ratusan ringgit. Selain bayar ubat dan rawatan untuk kucing, kite kene ambil ilmu jugak, bayar mahal kot u olls… rugi la tak ambil ilmu sekali. Ubat bila habis tempoh tak leh guna dah tapi ilmu takde expired date dan boleh guna sampai bila bila. Baru la pelaburan atau kehangusan Ringgit Malaysia aku tu ade 'WORTH'. I anggap ni macam tuisyen berbayar. 


Lepas Dokter dah layan soalan-soalan tu, then die drip air garam kat DAEBAK & GEBAB memandangkan mereka alami dihidrasi. DAEBAK drip dulu. Kejap je dripnye tapi tempat drip tu ade bonjolan. Turn GEBAB drip lama la pulak tapi takde bonjolan pada tempat drip. Disebabkan kerjaya sebagai cikgu memang kerap bertanye maka aku pon bertanye bakpe masa drip DAEBAK lebih cepat berbanding GEBAB. Kalau tak tanye rase rugi lak. Lagi pon memang hak sebagai klien. Dokter kate mase first tadi (DAEBAK) die guna jarum salur diameter lebih besar berbanding second time untuk GEBAB. So aku assume maybe DAEBAK ade bonjolan after drip pasal perbezaan diameter jarum tu. Ye la lubang jarum tu besar, so air yang flow tu pon lebih banyak dalam satu masa. Jadi air tu tak sempat nak diffuse in dalam tisu-tisu badan secara osmosis. Maka lebih banyak air terkumpul kat ruang antara tisu badan menyebabkan bonjolan tadi berlaku. Sambil tersengih Dr Radha kate jangan risau nanti sat lagi bonjol tu hilang lepas air meresap masuk. So lain kali boleh buat soalan bio KBAT pasal konsep osmosis pasal kucing kene drip pakai jarum berbeza saiz. Idak le soalan asyik asyik tanye bakpe pokok layu bila diletakkan baja berlebihan. Bosan tau asyik asyik soalan pasal pokok dengan baja. Tolongla move on buku buku latihan di pasaran. Jangan asyik cetak benda yang lebih kurang sama je tetiap tahun, muke depan je berbeza. Ibarat manusia yang pakai baju baru tapi perangai takde improvement pon dari sebelumnya. Pikirla sendiri.

Sebelom keluar dari klinik, aku diberi antibiotik, ubat angin dan dicadangkan makanan i/d. Di samping tu aku beli gak biskut Gastrointestinal Royal canin  (khusus untuk kucing usus tengah sensitip) sebagai back up

Antibiotik cecair (Ingatan: antibiotik cecair hanya boleh digunakan selama 5 hari, paling lama pon 7 hari: Sila buang selepas itu.)
Antibiotik yang dibekalkan berfungsi untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko secondary infection oleh bakteria yang menyebabkan radang usus. Secondary infection berlaku kerana virus parvo telah musnahkan sel darah putih yang berfungsi untuk membaham patogen seperti bakteria jahat. Sekiranya usus rosak teruk disebabkan bakteria maka penyerapan makanan tidak berlaku. Camne nak sembuh kalau apa yang disumbat tak dapat diserap. Kucing PANLEUKOPENIA mati bukan disebabkan virus parvo secara langsung tetapi mereka mati disebabkan hilang cecair berlebihan dan tak mampu nak makan. Camne nak bina antibodi yang cukup kalau makanan yang dimakan tak dapat diserap. PANLEUKOPENIA hanya boleh ditangani oleh antibodi yang dihasilkan oleh limfosit kucing tu sendiri. Jadi PEMBERIAN ANTIBIIOTIK mengIKUT aturan WAKTU SANGAT PENTING. Jadi tolong disiplinkan diri dalam pemberian antibiotik dalam usaha menyelamatkan haiwan comel ini. Ingat ubat tu kita beli pakai duit dan ingat matlamat kita adalah nak tolong kucing kembali sihat. 

Ubat Angin:
Ubat angin ni untuk tahan muntah…kalau dah tak UWEK UWEK boleh berhenti bagi.

Makanan tin i/d (mengandungi PORK tau):
Cuak tak dengo ade PORK. Aku pon tau melalui Sen salah seorang member group telegram Pecinta Kucing Malaysia. Sen ni berpengalaman menjaga kucing kene virus parvo. So aku direct message problem ni ke Sen. Sen ni bagus..tips yang diberi very helpful and informative. Kalau tak caye betoi ke ade PORK sila baca ingredient kat tin.
Kalau malas bace, pura-pura memang tak tau English. Boleh tanye kat Dokter haiwan tu cenggini "Atenye dokter yang hini ade B*B*?" sambil tunjuk tin makanan yang ko pegang tu.


ini la i/d untuk usus sensitip (ceret beret)

Mak aku cuak bila aku cakap i/d ni ade B*B*. So untuk menjamin keselesaan seisi keluarga dan kebersihan dari najis mughallazah ni aku letak tin ni dalm ORIGINAL TUPPERWARE  tutup bulat yang terkenal dengan bekas tahan lasak dan jatuh tergolek camne pon tak tumpah. Pastu aku balut tupperware tu dengan plastik gelap. Aku tak mo la nanti ade yang bukak peti ais ingat itu tuna perisa baru. Abang-abang aku ni same macam anak kecik dia, bukan reti nak bace label. So bila dah balut dan ikat dengan plastik aku rase takde sape yang akan termakan tuna perisa baru tu.


Makanan ni dicadangkan oleh Dokter kerana dirumus khas untuk usus kucing yang tengah sensitip dan memenuhi nutrisi pada kucing sakit. Texture nye separa pepejal separa cecair. Boleh disedut pakai picagari. Bagi 3ml i/d setiap 3 kali sehari (aku bagi pagi, petang dan malam). Apsal bagi petang bukan tengahari? Paling awal pon 2.20 petang sampai rumah. Kerja dong. Owh mase ni GEBAB & DAEBAK lagi 2 minggu nak umur 3 bulan. Selalunya kucing tak nak makan bila da sakit cenggini, jadi sebagai tuan kucing kite kene PAKSA gak kucing tu MAKAN supaya makanan tu boleh jadi sumber tenaga. Ade 2 ekor kucing sakit, bagi makan 3 kali sehari. Jadi satu hari akan ada 6 batang picagari yang akan dibuang setelah digunakan sekali sahaja.


Lepas dapat ubat, terus pergi ke farmasi. Barang-barang yang perlu dibeli ialah:

Picagari 5ml dan 1ml


Picagari 5 ml gunanya untuk bagi makan i/d dan picagari 1 ml untuk bagi makan ubat. Aku borong semua picagari 5 ml kat farmasi (total RM7.50) dan 2 kotak glove (RM30). Picagari 1 ml tak jual kat farmasi ni, so aku pinjam dulu picagari 1 ml abang aku punya sekotak yang memang ada di rumah. Aku guna PICAGARI BERLAINAN untuk kedua-dua kucing walaupun mereka mempunyai penyakit yang sama, tak campur sebab mana tau kalau seko dah ada harapan sembuh tapi disebabkan aku gunakan picagari yang sama yang ada harapan tu nanti takut tinggal harapan je. Lepas SEDUT SEKALI dari botol atau tin pastu suap ke kucing adalah menjadi kewajiban PICAGARI itu DIBUANG. Sebab AIR LIUR liur kucing PANLEUKOPENIA mengandungi VIRUS. 

Glove
Glove tu pulak ade dua fungsi. Pertama untuk elak tangan dari kena makanan i/d yang ade PORK.  Kedua glove juga bertujuan untuk ELAK DIRI sendiri dari JADI PENYEBAR VIRUS. Sekiranya kita tak pakai glove mase handle kucing PANLEUKOPENIA, boleh jadi cecair mengandungi virus tu melekat di tangan kite, then kite terpegang pulak barang-barang lain tanpa disedari sebelum cuci tangan bersih bersih. Ini menyebabkan virus boleh merebak kepada kucing-kucing yang lain.

Pastikan PICAGARI dan GLOVE yang telah digunakan di DISPOSE DENGAN BETOL, jangan letak merata. Aku bungkus dalam plastik then kite bako.

CLOROX  juga 
Virus parvo ni kuat dan kebal amat. AJAX ke Fabulloso ke Sunlight ke Dettol ke tak mampu membunuh atau deactivate virus parvo ni. Clorox ni pon belum tentu dapat bunuh virus parvo sepenuhnya tapi clorox mampu membuatkan virus parvo tidak aktif. Memandangkan najis ngan muntah GEBAB & DAEBAK ni ade virus parvo makanya setiap kali diorang UWEK UWEK kat lantai aku akan BASUH PAKAI CLOROX. GEBAB & DAEBAK ni walaupun sakit O'O" tetap di toilet. Setiap kali CERET kene BASUH TOILET tu dengan CLOROX. Bayangkanla...

Bahagian 3 pula berkaitan schedule dan cara menjaga GEBAB & DAEBAK yang telah dijangkiti PANLEUKOPENIA.