Monday, 3 July 2017

Sambungan Part 3...Jadual dan cara menjaga GEBAB & DAEBAK

1 APRIL 2017 (Sabtu)

Maka bermula lah rutin beri ubat dengan penuh berdisiplin (walhal aku ni tergolong fail menepati masa).






ISNIN

4.45 pagi:
-aku bangun pokol 4.45 pagi
-sedut antibiotik pakai picagari (2 picagari)
-prepare makanan i/d (2 picagari)
-sarung tangan aku sediakan 2 pasang
-tisu gulung Gold Premier yang tebal (untuk lap mulut bersepah dengan ubat / makanan i/d)
-suratkhabar (untuk tempat lapik makanan)
-kain untuk ganti lapik sangkar (kain jenis tebal dan sedap macam jeans, t-shirt 100% cotton)

5 pagi - 6 pagi:

Bagi antibiotik. Sebab antibiotik cecair ni creamy makanya GEBAB & DAEBAK sangat berusaha keluarkan balik antibiotik dari mulut. Berbuih buih air liur diorang buang..Pandai kome ye. So kena guna tisu sebab tak mo la bersepah sepah antibiotik berliur tu. Untuk elak berterabur antibiotik tu kat baju aku, aku balut diorang ngan kain cam budak dibedung.Makan setengah jam jugak la mase mula mula nak kasi ubat walhal kalau dokter yang buat tak sampai 2 minit dah settle.

Mase aku bagi ubat, GEBAB & DAEBAK ni tertarik gile dengan serangga sorok-sorok atau namenye orok-orok cam seolah-olah nak main walhal tengah sakit kot. So aku dapat idea pagi tu, petang nanti beri makan kat belakang rumah. Belakang rumah ade banyak rumput liar @ semak dan pokok. Kenapa? Sebab berdasarkan kepada pemerhatian aku tadi iaitu 'kucing sakit kronik monyok tertarik dengan orok-orok' aku membuat kesimpulan 'nature is the best medicine to cure the sickness and sadness'. Makhluk hidup yang sakit kronik perlukan harapan untuk teruskan hidup. Aku nak GEBAB & DAEBAK rasekan diorang perlu terus hidup sebab diorang belom lagi explore alam semula jadi. Kucingkan penuh dengan curiosity. So hopefully it's work.

Pukul 5.30 pagi aku bawak GEBAB& DAEBAK keluar depan rumah sebab nak bagi makan i/d. i/d kan ada PORK. Nama pon force feeding mestilah ade tumppah tumpah. Jadi kalau i/d tu jatuh dari mulut diorang ianya jatuh ke tanah, takde la susah payah aku nak menyamak pulak. Kalau bagi dalam rumah dah jadi lagi satu kerja iaitu menyertu.

6 pagi

Mandi, solat subuh, bersiap nak pergi sekolah

6.45-7 pagi (tapi selalu terlajak sampai 7 lebih)

Sarapan sikit (selalu aku sarapan banyak tapi sebab tengah sedih makan sikit je)
Nak dekat pukul 7 tu aku jenguk GEBAB & DAEBAK dalam sangkar. Bace al-fatihah bebanyak sambil ngadap kat sangkar tu.

2 petang

Balik kerja, terus prepare makanan diorang cam orang nak pergi picnic. Aku keluarkan GEBAB & DAEBAK dari sangkar them masukkan dalam carrier. Aku picnic belakang rumah. bawak ORIGINAL TUPPERWARE contain i/d, suratkhabar, sarung tangan 2 pasang, 2 picagari, tisu 2 tarik, 2 perca kain kecik.



No comments:

Post a Comment