Monday, 18 September 2017

salam.

Hari ni sebelum gi sekolah aku jumpa mayat. On da way drive kerete sebelum ke jalan raya. Aku bangun tido dalam pokol 5pagi...cari Gebab dalam rumah takde..panggil panggil kat pintu depan takde..panggil kat pintu belakang pon tak datang...selalunye bile panggil Gebab datang.

Pukul 7 pagi aku gerak nak g sekola tengok tengok ade mayat kucing...GEbab dah keras..kaku..maybe mati malam tadi...paling sedih die kene hujan...Aku ambil mayat Gebab dengan kalendar yang ada dalam kereta aku. Aku jalan kaki bawa ke pintu rumah. Emak mak ngan abah buka pintu sbb dengar aku nangis. TIme ni aku rase aku yang salah sebab tak dapat protect Gebab. Kalau aku tak masuk bilik awal malam tadi dan pastikan semua kucing ada dalam rumah mesti Gebab hidup lagi.Pikir macam orang tak caye pada QAda &qadar. 19 Sept 17 aku tau Gebab mati..kemungkinan kemalangan berlaku pada malam sebelumnye.

Monday, 3 July 2017

Sambungan Part 3...Jadual dan cara menjaga GEBAB & DAEBAK

1 APRIL 2017 (Sabtu)

Maka bermula lah rutin beri ubat dengan penuh berdisiplin (walhal aku ni tergolong fail menepati masa).






ISNIN

4.45 pagi:
-aku bangun pokol 4.45 pagi
-sedut antibiotik pakai picagari (2 picagari)
-prepare makanan i/d (2 picagari)
-sarung tangan aku sediakan 2 pasang
-tisu gulung Gold Premier yang tebal (untuk lap mulut bersepah dengan ubat / makanan i/d)
-suratkhabar (untuk tempat lapik makanan)
-kain untuk ganti lapik sangkar (kain jenis tebal dan sedap macam jeans, t-shirt 100% cotton)

5 pagi - 6 pagi:

Bagi antibiotik. Sebab antibiotik cecair ni creamy makanya GEBAB & DAEBAK sangat berusaha keluarkan balik antibiotik dari mulut. Berbuih buih air liur diorang buang..Pandai kome ye. So kena guna tisu sebab tak mo la bersepah sepah antibiotik berliur tu. Untuk elak berterabur antibiotik tu kat baju aku, aku balut diorang ngan kain cam budak dibedung.Makan setengah jam jugak la mase mula mula nak kasi ubat walhal kalau dokter yang buat tak sampai 2 minit dah settle.

Mase aku bagi ubat, GEBAB & DAEBAK ni tertarik gile dengan serangga sorok-sorok atau namenye orok-orok cam seolah-olah nak main walhal tengah sakit kot. So aku dapat idea pagi tu, petang nanti beri makan kat belakang rumah. Belakang rumah ade banyak rumput liar @ semak dan pokok. Kenapa? Sebab berdasarkan kepada pemerhatian aku tadi iaitu 'kucing sakit kronik monyok tertarik dengan orok-orok' aku membuat kesimpulan 'nature is the best medicine to cure the sickness and sadness'. Makhluk hidup yang sakit kronik perlukan harapan untuk teruskan hidup. Aku nak GEBAB & DAEBAK rasekan diorang perlu terus hidup sebab diorang belom lagi explore alam semula jadi. Kucingkan penuh dengan curiosity. So hopefully it's work.

Pukul 5.30 pagi aku bawak GEBAB& DAEBAK keluar depan rumah sebab nak bagi makan i/d. i/d kan ada PORK. Nama pon force feeding mestilah ade tumppah tumpah. Jadi kalau i/d tu jatuh dari mulut diorang ianya jatuh ke tanah, takde la susah payah aku nak menyamak pulak. Kalau bagi dalam rumah dah jadi lagi satu kerja iaitu menyertu.

6 pagi

Mandi, solat subuh, bersiap nak pergi sekolah

6.45-7 pagi (tapi selalu terlajak sampai 7 lebih)

Sarapan sikit (selalu aku sarapan banyak tapi sebab tengah sedih makan sikit je)
Nak dekat pukul 7 tu aku jenguk GEBAB & DAEBAK dalam sangkar. Bace al-fatihah bebanyak sambil ngadap kat sangkar tu.

2 petang

Balik kerja, terus prepare makanan diorang cam orang nak pergi picnic. Aku keluarkan GEBAB & DAEBAK dari sangkar them masukkan dalam carrier. Aku picnic belakang rumah. bawak ORIGINAL TUPPERWARE contain i/d, suratkhabar, sarung tangan 2 pasang, 2 picagari, tisu 2 tarik, 2 perca kain kecik.



Sunday, 2 July 2017

(Sambungan Bahagian 2…perjuangan menentang PANLEUKOPENIA)

31 MAC 2017: JUMAAT

Setelah bangun dari tidur, otak dah mampu berfikir secara rasional. Time aku bangun bagi tetibe je rasa kebertanggungjawaban guru Malaysia.  Atas semangat itu, maka tak jadilah ambil cuti rehat khas (CRK). Tak boleh blah lagi hati ngan otak sependapat dengan tagline 'Tugas tetap tugas'. Tanggungjawab ke sekolah perlu ditunaikan. Jangan ditanya kenapa tetiba aku boleh begitu POSITIF. Tak pasti POSITIF ni jangkitan dari sape.  Aku turutkan otak dan hati, lagi pon Jumaat sampai pukul 12 tengahari je kerja.

Pagi tu aku mengajar penoh bersemangat diselit dengan perangai ngengong ngengong semulajadi. Tapi ade satu part  dalam kelas 4GK buat mula rase nak sebak balik. Dialog seperti berikut:

4GK: Cikgu esok nak cat kelas. Cikgu boleh datang sekolah besok (Sabtu)?
Cikgu: Tak boleh la. Kucing saya sakit.

Telah termaktub dalam undang-undang sekolah murid tak boleh datang ke sekolah waktu cuti tanpa kehadiran guru. Mase sebut perkataan sakit tu suara aku mula vibrate. Sebak mengenangkan GEBAB & DAEBAK tengah UWEK UWEK lagi kat rumah. Aku pon mintak diorang DOAKAN GEBAB & DAEBAK sembuh balik. Layankan je la perangai aku ni. Ahahahaha…Secara lisannya mereka menyatakan,

"Saya doakan kucing cikgu sembuh dan sihat balik".  Aaamiin.

Tetibe datang pule tabung masjid bergerak mase tengah cerite condition GEBAB & DAEBAK kat 4GK. Diorang pon sedekahkan duit dan aku pon sedekahkan RM2 dan berdoa dalam hati supaya GEBAB & DAEBAK sembuh kembali sedia kala. SEDEKAH ni antara perbuatan yang mampu MENJEMPUT REZEKI. HARI JUMAAT pulak adalah antara hari yang DOA nye lebih senang diMAKBULkan (tak silap aku la). Harapnye mustajab la doa murid ngan cikgu sebentar tadi.

Sharp jarum jam pokol 12 tengahari aku pon balik ke rumah. Ambik GEBAB & DAEBAK pakai cat carrier yang paling besar. Aku alas carrier tu dengan bantal busuk lama yang mengerikan. Sape punye entah. Entah-entah bantal busuk kakak mase die kecik dulu yang mana kini umur kakak sudah 42 tahun. Ke Mia punya? Aku lapik bantal busuk tu dengan kain. Nanti dalam perjalanan risiko nak terhentak hentak dapat dikurangkan dengan adanya bantal yang berfungsi sebagai absorber. Permukaan jalan raya ke Teluk Intan ni sememangnya menggegarkan serta mampu menggoncang organ dalaman. Emosi kucing sakit ni kene jage elok-elok sama macam orang sakit jugak.

Sampai di klinik, Dr Radha cam pelik lak tengok GEBAB & DAEBAK sebab aktif walaupun UWEK UWEK berterusan. Dokter dah macam confuse betol ke virus sebab masih aktif. Dokter ambil sebatang cotton bud dan korek bontot DAEBAK untuk ambil sampel najis. DAEBAK shout out loudly and said "WOi, Sakiiiiiitt". Masa dokter bagi tau semalam nak ambil sampel najis untuk menguji kehadiran virus ni aku ingat kene tunggu kucing tu O'O".  Ahahahaha... (Silly). Then, Dokter masukkan cotton bud yang ada sampel najis tadi ke dalam satu botol kiut miut yang mengandungi sejenis larutan. Dokter sebatikan sampel najis yang melekat pada cotton bud tadi dengan menggaulkannya bersama larutan tersebut macam orang kacau gulai. Step seterusnya dia amik alat cam pregnancy test tu then titis larutan yang dah ade sampel najis tadi. Kene tunggu 10 minit. Dalam beberapa minit ni sambil dukung DAEBAK aku mengharapkan semoga keputusan adalah NEGATIF. Tapi Tuhan yang menentukan,  keputusannya adalah POSITIF kerana terdapatnya kehadiran lagi satu garis merah lalu menjadikan dua garis merah. Sedih tapi air mata setakat bergenang tak de la melimpah ruah. Tekad nak jaga GEBAB & DAEBAK sebaik mungkin yang boleh. 


Nama alat ni adalah rapid test parvo virus. C line tu maksudnye control line, C line memang merah.   Yang menjadi penentuan adalah T line. Kalau ade parvo, adalah T line merah tu: ihsan dari google


           Pic ni pulak prosedur yang dokter buat uji kehadiran parvo virus.: ihsan google


Dr Radha tanpa berselindung menerangkan kenyataan yang perlu dihadapi. Peluang hidup adalah 50/50. So bile dengar 50/50 aku rase masih ade peluang. Tapi bila Dokter keluarkan statistik "10% kucing selamat dan 90% kucing yang dijangkiti PANLEUKOPENIA akan mati". Air mata yang ditahan-tahan akhirnya  tumpah mengalir di celahan longkang sempit kelopak bawah mata. Sambil menangis sambil tu aku tanya soalan macam-macam kat dokter bagi penjagaan GEBAB & DAEBAK. Boleh pulak otak ni ligat menjana soalan , then boleh pulak doktor tu faham soalan yang ditanya sambil tengah menangis. Rasanya banyak gila soalan aku kemukakan dari langkah berjaga-jaga handle kucing sakit, cara jangkitan, jenis makanan, kuantiti dan cara bagi makan, mekanisme camne virus parvo ni berkerja pon ade. Baik aku tanye habis-habisan memandangkan sat lagi caj yang dikenakan pastila mencecah ratusan ringgit. Selain bayar ubat dan rawatan untuk kucing, kite kene ambil ilmu jugak, bayar mahal kot u olls… rugi la tak ambil ilmu sekali. Ubat bila habis tempoh tak leh guna dah tapi ilmu takde expired date dan boleh guna sampai bila bila. Baru la pelaburan atau kehangusan Ringgit Malaysia aku tu ade 'WORTH'. I anggap ni macam tuisyen berbayar. 


Lepas Dokter dah layan soalan-soalan tu, then die drip air garam kat DAEBAK & GEBAB memandangkan mereka alami dihidrasi. DAEBAK drip dulu. Kejap je dripnye tapi tempat drip tu ade bonjolan. Turn GEBAB drip lama la pulak tapi takde bonjolan pada tempat drip. Disebabkan kerjaya sebagai cikgu memang kerap bertanye maka aku pon bertanye bakpe masa drip DAEBAK lebih cepat berbanding GEBAB. Kalau tak tanye rase rugi lak. Lagi pon memang hak sebagai klien. Dokter kate mase first tadi (DAEBAK) die guna jarum salur diameter lebih besar berbanding second time untuk GEBAB. So aku assume maybe DAEBAK ade bonjolan after drip pasal perbezaan diameter jarum tu. Ye la lubang jarum tu besar, so air yang flow tu pon lebih banyak dalam satu masa. Jadi air tu tak sempat nak diffuse in dalam tisu-tisu badan secara osmosis. Maka lebih banyak air terkumpul kat ruang antara tisu badan menyebabkan bonjolan tadi berlaku. Sambil tersengih Dr Radha kate jangan risau nanti sat lagi bonjol tu hilang lepas air meresap masuk. So lain kali boleh buat soalan bio KBAT pasal konsep osmosis pasal kucing kene drip pakai jarum berbeza saiz. Idak le soalan asyik asyik tanye bakpe pokok layu bila diletakkan baja berlebihan. Bosan tau asyik asyik soalan pasal pokok dengan baja. Tolongla move on buku buku latihan di pasaran. Jangan asyik cetak benda yang lebih kurang sama je tetiap tahun, muke depan je berbeza. Ibarat manusia yang pakai baju baru tapi perangai takde improvement pon dari sebelumnya. Pikirla sendiri.

Sebelom keluar dari klinik, aku diberi antibiotik, ubat angin dan dicadangkan makanan i/d. Di samping tu aku beli gak biskut Gastrointestinal Royal canin  (khusus untuk kucing usus tengah sensitip) sebagai back up

Antibiotik cecair (Ingatan: antibiotik cecair hanya boleh digunakan selama 5 hari, paling lama pon 7 hari: Sila buang selepas itu.)
Antibiotik yang dibekalkan berfungsi untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko secondary infection oleh bakteria yang menyebabkan radang usus. Secondary infection berlaku kerana virus parvo telah musnahkan sel darah putih yang berfungsi untuk membaham patogen seperti bakteria jahat. Sekiranya usus rosak teruk disebabkan bakteria maka penyerapan makanan tidak berlaku. Camne nak sembuh kalau apa yang disumbat tak dapat diserap. Kucing PANLEUKOPENIA mati bukan disebabkan virus parvo secara langsung tetapi mereka mati disebabkan hilang cecair berlebihan dan tak mampu nak makan. Camne nak bina antibodi yang cukup kalau makanan yang dimakan tak dapat diserap. PANLEUKOPENIA hanya boleh ditangani oleh antibodi yang dihasilkan oleh limfosit kucing tu sendiri. Jadi PEMBERIAN ANTIBIIOTIK mengIKUT aturan WAKTU SANGAT PENTING. Jadi tolong disiplinkan diri dalam pemberian antibiotik dalam usaha menyelamatkan haiwan comel ini. Ingat ubat tu kita beli pakai duit dan ingat matlamat kita adalah nak tolong kucing kembali sihat. 

Ubat Angin:
Ubat angin ni untuk tahan muntah…kalau dah tak UWEK UWEK boleh berhenti bagi.

Makanan tin i/d (mengandungi PORK tau):
Cuak tak dengo ade PORK. Aku pon tau melalui Sen salah seorang member group telegram Pecinta Kucing Malaysia. Sen ni berpengalaman menjaga kucing kene virus parvo. So aku direct message problem ni ke Sen. Sen ni bagus..tips yang diberi very helpful and informative. Kalau tak caye betoi ke ade PORK sila baca ingredient kat tin.
Kalau malas bace, pura-pura memang tak tau English. Boleh tanye kat Dokter haiwan tu cenggini "Atenye dokter yang hini ade B*B*?" sambil tunjuk tin makanan yang ko pegang tu.


ini la i/d untuk usus sensitip (ceret beret)

Mak aku cuak bila aku cakap i/d ni ade B*B*. So untuk menjamin keselesaan seisi keluarga dan kebersihan dari najis mughallazah ni aku letak tin ni dalm ORIGINAL TUPPERWARE  tutup bulat yang terkenal dengan bekas tahan lasak dan jatuh tergolek camne pon tak tumpah. Pastu aku balut tupperware tu dengan plastik gelap. Aku tak mo la nanti ade yang bukak peti ais ingat itu tuna perisa baru. Abang-abang aku ni same macam anak kecik dia, bukan reti nak bace label. So bila dah balut dan ikat dengan plastik aku rase takde sape yang akan termakan tuna perisa baru tu.


Makanan ni dicadangkan oleh Dokter kerana dirumus khas untuk usus kucing yang tengah sensitip dan memenuhi nutrisi pada kucing sakit. Texture nye separa pepejal separa cecair. Boleh disedut pakai picagari. Bagi 3ml i/d setiap 3 kali sehari (aku bagi pagi, petang dan malam). Apsal bagi petang bukan tengahari? Paling awal pon 2.20 petang sampai rumah. Kerja dong. Owh mase ni GEBAB & DAEBAK lagi 2 minggu nak umur 3 bulan. Selalunya kucing tak nak makan bila da sakit cenggini, jadi sebagai tuan kucing kite kene PAKSA gak kucing tu MAKAN supaya makanan tu boleh jadi sumber tenaga. Ade 2 ekor kucing sakit, bagi makan 3 kali sehari. Jadi satu hari akan ada 6 batang picagari yang akan dibuang setelah digunakan sekali sahaja.


Lepas dapat ubat, terus pergi ke farmasi. Barang-barang yang perlu dibeli ialah:

Picagari 5ml dan 1ml


Picagari 5 ml gunanya untuk bagi makan i/d dan picagari 1 ml untuk bagi makan ubat. Aku borong semua picagari 5 ml kat farmasi (total RM7.50) dan 2 kotak glove (RM30). Picagari 1 ml tak jual kat farmasi ni, so aku pinjam dulu picagari 1 ml abang aku punya sekotak yang memang ada di rumah. Aku guna PICAGARI BERLAINAN untuk kedua-dua kucing walaupun mereka mempunyai penyakit yang sama, tak campur sebab mana tau kalau seko dah ada harapan sembuh tapi disebabkan aku gunakan picagari yang sama yang ada harapan tu nanti takut tinggal harapan je. Lepas SEDUT SEKALI dari botol atau tin pastu suap ke kucing adalah menjadi kewajiban PICAGARI itu DIBUANG. Sebab AIR LIUR liur kucing PANLEUKOPENIA mengandungi VIRUS. 

Glove
Glove tu pulak ade dua fungsi. Pertama untuk elak tangan dari kena makanan i/d yang ade PORK.  Kedua glove juga bertujuan untuk ELAK DIRI sendiri dari JADI PENYEBAR VIRUS. Sekiranya kita tak pakai glove mase handle kucing PANLEUKOPENIA, boleh jadi cecair mengandungi virus tu melekat di tangan kite, then kite terpegang pulak barang-barang lain tanpa disedari sebelum cuci tangan bersih bersih. Ini menyebabkan virus boleh merebak kepada kucing-kucing yang lain.

Pastikan PICAGARI dan GLOVE yang telah digunakan di DISPOSE DENGAN BETOL, jangan letak merata. Aku bungkus dalam plastik then kite bako.

CLOROX  juga 
Virus parvo ni kuat dan kebal amat. AJAX ke Fabulloso ke Sunlight ke Dettol ke tak mampu membunuh atau deactivate virus parvo ni. Clorox ni pon belum tentu dapat bunuh virus parvo sepenuhnya tapi clorox mampu membuatkan virus parvo tidak aktif. Memandangkan najis ngan muntah GEBAB & DAEBAK ni ade virus parvo makanya setiap kali diorang UWEK UWEK kat lantai aku akan BASUH PAKAI CLOROX. GEBAB & DAEBAK ni walaupun sakit O'O" tetap di toilet. Setiap kali CERET kene BASUH TOILET tu dengan CLOROX. Bayangkanla...

Bahagian 3 pula berkaitan schedule dan cara menjaga GEBAB & DAEBAK yang telah dijangkiti PANLEUKOPENIA.


Friday, 30 June 2017

Perjuangan GEBAB & DAEBAK dan TUANnya menentang PANLEUKOPENIA

GEBAB & DAEBAK tu adalah anak kucing yang ku kira cumil bangat sekali. PANLEUKOPENIA itu pula adalah sejenis penyakit kucing yang bisa membawa maut. Penyakit ini merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus parvo.  Virus ini jahat sekali deh. Ia menyerang sel darah putih dan menyebabkan keimunan kucing itu menjadi lemah. Pabila keimunan kucing itu lemah makanya jangkitan bakteria itu gampang berlaku atau dalam inggerisnya dipanggil 'secondary infection'. Kucingnya akan mengalami radang usus. Sedihnya penyakit ini tiada obat coma risiko mendapatkannya boleh dikurangkan melalui pemvaksinan. Rasanya lebih baik diterangkan sebegini apa itu PANLEUKOPENIA,  PAN = tekan atau suppress gitu, LEUKO = merujuk kepada sel darah putih.

Cukup muqadimah bahasa indonesia ya ibu ibu bapak bapak sekalian. Cukup...cukup..sudah, tak sio teman nak neruskannye. story kali akan dipersembahkan penceritaan dalam bentuk RPH yakni Rancangan Pengajaran Harian, Ade tarikh dan hari. Kang kalau detail sangat tak rupe RPH kang, tu . Entry kali ni adalah saaaangat panjang cam cite sinetron Indon yang beratus-ratus episod ko tengok kat TV 9.

                                                                           ni GEBAB

                                                                     ni lak DAEBAK

29 MAC 2017: RABU

Ceghitenye bermula pada 29 MAC 2017 setelah aku balik dari sekolah. Diingatkan ye aku bukan BUDAK sekolah tapi CIKGU yang berkerja di sekolah. (Sambung balik...) Balik dari sekolah nampak DAEBAK uwek BUIH PUTIH. Mak bagi tau GEBAB yang muntah tapi aku nampak DAEBAK. Ingat mak salah pandang..I know my mom well okey. Rupa-rupanya dua dua uwek BUIH PUTIH...Okay emak u were right. Pastu GEBAB & DAEBAK  ni punye O'O" (berak) adalah CIRIT BUSUK BERAIR, mane ade cirit atau najis yang wangi tp kali ini BAUnye LAIN MACAM..bile dibasuh masih meninggalkan sisa aroma HANYIR. Time ni aku syak maybe empat hari sebelum tu GEBAB & DAEBAK makan daun plastik hiasan reput yang telah dibeli 13 tahun lalu time kakak kawen. GEBAB & DAEBAK makan daun plastik tu macam makan biskut...cam keropok pon ade.

                                                         ni la contoh UWEK UWEKnye

                                                               ni pulak O'O" deme.

Aku tangkap gambar UWEK UWEK ngan O'O" bukan untuk tatapan pembaca yang terbace blog nih. Aku tangkap pic ni sebab nanti nak tunjuk kat Dokter haiwan. Biarla gambar berbicara sama dokter.

Asal MINUM AIR je diorang uwek uwek MUNTAH, lepas tu TAK NAK MAKAN MALAM padahal sebelum ni Ya Tuhan sesungguhnya GEBAB & DAEBAK ini pelahap amat. MUNTAH-MUNTAH TERUS BERTERUSAN, entah berapa sekalian kalinya asyik lap muntah GEBAB & DAEBAK dalam satu malam...tidak dilupakan kepada encik toilet juga turut dibersihkan...GEBAB & DAEBAK ni memang diajar oleh GEBU untuk O'O" dalam toilet. Mase ni aku bersihkan segala najis mutawasitah ni guna AJAX je. Untuk malam tu aku tido kat sofa bawah untuk monitor GEBU dan anak-anaknya. Disebabkan MUNTAHnya BERTERUSAN, so aku bercadang nak bawak si GEBAB & DAEBAK ni ke klinik Dr. Radha lepas habis sekolah esok. Diingekkan laie sokali den bukannyo BODAK SOKOLAH laie tapi den CIKGU YO. Pojolanan ghumah den ko klinik Dr Radha adolah sojam yo. Porjolanan balik rumah dari sokolah den makan maso paling copek 17 minutes u olls....tu kenkadang den pantang kalo mesyuarat diadokan sampai pukol tigo potang mahupun ompek potang. Tompek kojo den kalo takdo apo apo punch card pukol duo potang, so boleh bolah dah.  So it means paling awai den boleh sampai rumah adalah 2.20 potang.


30 MAC 2017: KHAMIS

Aku solat zohot kat sekolah siap siap. Sharp pokol 2 petang keluar then sampai kat rumah jam 2.20 petang. Terus ambil kucing bawa pergi klinik. Setelah 1 jam memandu maka sampaila aku klinik Dr Radha yang mana aku dah dua kali kene saman parking kat area depan klinik Dr akibat tidak menunjukkan kupon. Dr Radha bagi tau ada kemungkinan virus tapi tak pasti lagi. So Dr Radha kasi ubat tahan muntah. Katanya kalau tak muntah dah, tak yah la bawak gi klinik balik tapi kalau muntah lagi silalah bawa ke klinik keesokan harinya untuk dibut test kit uji kehadiran virus parvo. Test kit tu berfungsi macam pregnancy kit tu. Jika ade dua garis merah kemungkinan sah ko mengandung (happy). Kalau betol kucing ada virus parvo maka akan ada dua garis merah (tapi yang ni sad) Aku pon balik ke  rumah dengan harapan GEBAB & DAEBAK tak akan muntah lagi. Harapan tinggal harapan. GEBAB & DAEBAK MUNTAH jua berulang-ulang kali. MAKAN TAK MAU, MINUM MAU tapi lepas minum MUNTAH. Kali ni aku start cuci kotoran itu menggunakan CLOROX sebab syak ini adalah virus. Maka buat kali kedua malamnya aku mengelap dan mencuci uwek-uwek tersebut. Ini malam kedua aku tido di sofa rumah bawah sambil memerhatikan kerenah GEBAB & DAEBAK yang jatuh sakit. Walaupun sakit masih bermanja dengan GEBU. DAEBAK gayanya nak menyusu dengan GEBU tapi tak larat. DAEBAK sondol je pewot GEBU lalu tido atas pewot GEBU. Masa ni tak pisahkan lagi GEBAB & DAEBAK dari GEBU dan siblings yang lain iaitu HENSEM dan CANTIK. Time ni la touching datang. Sambil mengadap kekucing itu aku terfikir sampai bila aku dapat tengok GEBU. Pastu kan aku rasa nak ambil Cuti Rehat Khas (CRK) je ntuk pergi ke klinik Dr Radha jumaat esok. Tengah emosi memang cenggitu, otak jadi sempit. Aku pon tertido..zzzz.
                                           DAEBAK tengah sakit bermanje dengan GEBU


                                        Siblings. DAEBAK, HENSEM, CANTIK & GEBAB


                                           Tido jemaah bergelimpangan. Masa ni sihat lagi


                                           
                                                           GEBU ibu muda yang penyayang


Sambungan PART 2 nanti cerite pasal tindakan yang telah  diambil setelah didapati sah GEBAB & DAEBAK terkena PANLEUKOPENIA




HISTORY REVIEW


Sebenarnya ini kali kedua rumah aku telah diserang wabak penyakit PANLEUKOPENIA iaitu tahun 2016. Tiga ekor kucing yang telah dijangkiti PANLEUKOPENIA. Serious sedih tengok cara diorang mati. Sekor mati perlahan lahan. Aku bawak gi klinik tapi masa ni aku memang tak tahu pasal penyakit ni. Hitam jantan alami hidrasi, mane taknye muntah+cirit birit. Kalau tarik daging kat tengkuk daging tu tak turun balik. Hitam ni bertahan agak lama dalam 5 hari dari simptom cirit birit. Disebabkan aku kurangnya ilmu mengendalikan penyakit sebegini maka antibiotik dari klinik adalah sia-sia tambahan pula sikap berputus asa sebelum berusaha sepenuhnya dan anggapan aku yang selalu merasakan kejaiban tak kan pernah berlaku untuk aku. Seko lagi Hitam Betina tau tau dah mati bergelimpangan, yang sedihnya dia baru lepas bersalin dan aku hanya jumpe anak dia tiga ekor dalam parit dengan bontot dah berulat. Bila bayangkan penderitaan anak kucing tu yang masih lagi hidup tengah tapi ade ulat makan daging die, aku rase aku ni tuan kucing yang terok. Seekor lagi berjangkit dengan Hitam Jantan melalui bekas minuman yang dikongsi. Yang ni cirit birit pastu mukenye bengkak bengkak..ulser kot. Kucing yang ni hilang tanpa dapat dikesan.


Terdapat beberapa pengajaran yang aku belajar sepanjang perjuangan yang memakan mase 4 minggu ni.

1. Ajal ni adalah suatu yang telah ditentukan oleh Allah ketetapannya. Ajal bukan macam pembolehubah dalam eksperimen sains yang boleh dibuat hipotesis seperti, " Semakin rendah tahap kesihatan kita, semakin pendek ajal kita" atau "Semakin bagus tahap kesihatan yang kita ada, semakin  panjang umur kita".

2. Ilmu tu sangat penting dalam kita mendepani dan menyelesaikan masalah. Banyak yang aku belajar secara teori melalui pembacaan tapi aku tak sedar pon bende tu memang berguna dalam realiti. Contohnya tentang 'antibiotic resistance'.  Antibiotik harus diambil dengan disiplin mengikut masa. Let say dokter tulis antibiotik tu preskripsinya satu hari makan dua kali. Maknanya sekali kita beri pokol 5 petang,  timing beri ubat lagi sekali adalah 5 pagi. Tak boleh terlalu lewat dari 5 pagi nanti dos antibiotik tu tak lagi berkesan terhadap bakteria yang dah rintang terhadap antibiotik. Penyakit lagi sosah nak semboh. Ate kalau makan ikut dan..bila kucingnye nak sihat?..benda simple kan tapi tak terfikir. Virus parvo ni boleh keluar melalui discaj air liur, najis, air yang keluar dari mata pon bole. So picagari kalau dah guna sekali memang buang terus walaupun untuk seekor kucing je.  ONLY FOR SINGLE USE. Jangan guna picagari yang dah digunakan untu sedut antibiotik atau apa jua ubat yang lain. Silap silap botol antibiotik tu penoh dengan virus pulak. Harus diingat ya antibiotik hanya membunuh BAKTERIA bukan VIRUS. Oleh itu setiap kali nak sedut antibiotik atau ubat gunakan picagari yang baru dikoyakkan dari plastiknya. Membazir? jangan kedekut, kita nak kan kucing kita sihat balik kan. bukan nak dia sakit lagi terok..so pengorbanan juga salah satu usaha.

3. Rasa sayang yang mendalam memang boleh bagi kekuatan yang luar biasa pada benda hidup. So aku mula faham macam mana rasa penat amat tu boleh di let go let go je. Padahal segala sendi ngan otot dah jerit jerit mintak berehat. Rasa sayang jugak boleh beri harapan dan semangat untuk berjuang bagi benda hidup yang dalam kesakitan dan dah mula putus asa.

4. Kuasa Tuhan memang mengatasi segala-galanya. Di saat statistik menyatakan kucing yang menghidap Panleukopenia 90% akan mati. Tuhan beri peluang 10% tu kat GEBAB & DAEBAK dan Tuannya melihat keajaiban berlaku. Sebelum GEBAB & DAEBAK kene penyakit ni aku pernah baca pasal PSIKONEUROIMMUNOLOGI. Rasanya aku da boleh hadam ape yang pernah dibaca dulu tentang PSIKONEUROIMMUNOLOGI. Perkataan cam alien ni adalah gabungan perkataan psikologi, neurologi dan immunologi (sistem pertahanan badan).

Tuesday, 20 December 2016

Tak Boleh InGat JaLan WALAUPUN dah lalu LEBIH SEPULUH kali atau ke SERATUS kalinya.

Peringkat kanak-kanak

1. Waktu perhimpunan mesti cikgu suruh ade angkat tangan kanan, angkat tangan kiri betulkan barisan. Akulah antara insan yang kene berfikir kanan mane satu ha? kiri? tak pon tengok orang lain angkat tangan mane.

2. Darjah 1 sebelum pergi sekolah mak akan tengok pastikan aku pakai kasut tak terbalik kiri ngan kanan. Seumur hidup masa kanak-kanak sampai 12 tahun guna kasut plaster tak pernah pakai yang ikat bertali. Susah woo nak kona kiri kanan tali tu silang bagai.

3. Main game yang melibatkan pertukaran anggota badan kiri ngan kanan confirm lembap tukar tak pon tak boleh buat ...contohnye game jari bentuk L/pistol tangan kiri ngan kanan.


Walaupun beza lambat kiri ngan kanan, aku takde masalah membaca, menghafal, tambah, tolak, bahagi, darab. Siap boleh tulis balik bismilah dengan betul dan surah al-fatihah dalam bahasa arab dengan kesalahan minima.

Masa peringkat ni memang tak rasa apa-apa. BUDAK ape tau maksud kurang atau lebih.

Umur 13-17 tahun

1. Masuk sekolah berasrama. Pergi outing kesekalian berapa kalinye entah masih tak boleh ingat jalan kat pekan Gerik. Ohhh Come..On! Pekan Gerik je kot dalam era tahun 1999-2001 pulak tuh. Tak kan lah 3 tahun pon tak boleh ingat lokasi kedai..Frankly, tak mampu ingat..masa ni dah mula rasa otak aku ni ade sesuatu yang kureng.

2. Perkara yang sama berlaku bila aku outing di Pekan Bahau. Masa ni da tukar sekolah. Waktu umur 16-17 tahun la aku confirm dan confident sememangnya aku benar-benar sedar bahawasanya aku spesies tak mampu nak ingat jalan. Sedih la jugak sebab aku tak boleh ape yang orang lain boleh iaitu INGAT JALAN. Kalau ade orang tanye kedai bla bla kat mane..tak dapat den nak jawab, den boleh panggil orang lain jo la toghangkan kat ekau.

Umur 18 tahun

1. Amek lesen memandu di Teluk Intan bersama acik Leha. Acik Leha ni cikgu memandu aku..garang woo.. Ada 2 route untuk ujian memandu, contohnya Jalan A dan Jalan B. Al-maklumlah aku ni ade masalah kiri ngan kanan apetah lagi nak ingat jalan. Banyak kali la aku buat jalan sendiri iaitu Jalan C, D, E, F ke lebih lagi..maka acapkalila aku dimarahi acik Leha kerana membawanya jalan-jalan C, D, E, F,..lari budget minyal petrol die..ekekeke😜..Antara ayat nye bile aku salah simpang masuk "Saya ajar awak jalan yang senang, tak sesak..kamu yang cari jalan susah","Dah banyak kali lalu jalan yang sama, takkan tak boleh ingat". Aduhai acik Leha tahukah kau air mata ini hampir menitis kerana mengenang diri tak boleh ingat jalan..Aduhai Saleha. Berita baiknye akhirnye aku lulus jua ujian memandu setelah dua kali..kali pertama sangkut kat ujian mane? Mestila ujian kat jalan raya..tu pon tak bleh fikir.

Mase ni aku mula rase kesian kat diri malah kat jantung acik Leha..ahahaha😆 Malangnye rase kesian tu tukar jadi rendah diri😩. Yang ni jangan tiru

Masuk UPSI masa degree

1. Sape yang pernah masuk UPSI lama mesti tau UPSI tu kecik je..tapi kan aku selalu je sesat nak pergi bilik kuliah..bukan la sesat larat mane pon. Situasinye camni..aku tau rupe bentuk bangunan yang nak dituju contohnye tadahan selatan atau tadahan utara tapi masalahnye aku tak tau mane jalan shortcut nak ke tadahan selatan atau tadahan utara. Lagi satu kat bangunan tadahan ni ada 'roundabout' jalan kaki yang sekangkang kera ala ala lobi kecik. Kat sini pon kenkadang aku confuse arah mane la bilik kuliah aku ni..selalu je salah masuk. Ada aku kisah? Dah salah patah je la balik. So What? So aku akan ambil mase jugakla sampai kelas kalau takde kawan sekuliah yang seiring perjalanan aku ke bilik kuliah.

2. Ama ngan Wan kawan kuliah paling rapat kat UPSI pon menyedari 'KEISTIMEWAAN' aku ini. Diorang selalu melawak risau aku sesat. Pada masa ni aku tak ambik hati sebab memang dah dapat terima inilah kekurangan otak aku. Ama ngan Wan juga sanggup merisikokan nyawa naik kereta kancil merah yang dipandu oleh aku di sekitar Tanjung Malim, Slim River  mahupun Rawang di waktu malam. Ama selalu jadi co-pilot kiri kanan..paling diingat kalau die suruh aku masuk simpang Ama akan cakap "kanan..tik..tok..tik..tok". Tik..tok..tu alarm mulut bagi signal by Ama.

3. Simpang Empat besar Tanjung Malim tu pon aku susah nak hadam apetah lagi pekan Tanjung Malim. Padahal 4 tahun kot tinggal kat situ. Ala..simpang yang ade ke PROTON, ke arah KL, arah Ipoh, arah nak ke Jalan Ketoyong. See sedih tak sedih kalau korang ada kat tempat orang cam ni.

4. So camne aku cope masalah ni, bace je la signboard jalan dari jauh. Tapi kalau terlepas ko patah je la balik. Senang kan? Aku bukan tengah nak  kejar kontrak berjuta-juta pon. Pekan Teluk Intan yang kereta bersesak sesak one way bagai ko boleh harungi tak kan la Pekan Tanjung Malim tak mampu. Confidentkan diri walaupun hakikatnye pura-pura confident dan lebih penting tawakkal kepada Allah. Ye la time ni mane wujud lagi huddle YES 4G, internet dimana-mana dengan kadar harga yang murah, telefon pintar skrin besar pon tak wujud lagi.



Bila usia aku dah 29 tahun baru la aku sedar rupanya apa yang aku hadapi ini adalah sejenis LEARNING DISABILITIES. Aku aware tentang perkara ni sebab aku kene buat assignment tentang jenis-jenis LEARNING DISABILITIES (tq Dokter Shamsiah bagi saye tugasan ni 😃). LEARNING DISABILITIES ni bukan OKU, bukan SINDROM, dan bukan BODOH. Ia lebih kepada sambungan saraf kat otak tu tak sama macam orang lain. So otak boleh jadi salah tafsir (MISINTERPRET).Tak faham? Pernah tengok litar siri ngan selari tak? Kalau ya boleh proceed bace. Mungkin sambungan litar bagi satu-satu maklumat disampaikan pada bahagian tertentu tak tersambung ke atau kona jauh sangat ke atau sambungannya sepatutnya siri dah jadi selari. Camtu la analogi yang aku bayangkan.

Keterukan tanda-tanda LEARNING DISABILITIES adalah varied among person. Aku pernah bace ade kes lagi teruk tak ingat rumah sendiri kat mane.Tapi rasenye aku pon lebih kurang aje tapi tak setenat tu, tak ingat parking kat mane lepas abis kelas. Siap tanye kat kawan, "Wei aku parking mana ha?" kalau kat mall besar lagi la, kawan aku yang ingat.

Bagi yang ada masalah ni, jangan risau sekarang dah ade apps WAZE. WAZE mmg membantu dalam atasi masalah kiri kanan kalau tengok skrin. Tapi dalam kes aku tak sepenuhnya membantu sebab ade masalah nak anggar jarak. 100m tu camne? mmg la aku tau macam budak sekolah lawan lari tu. But when it comes on the road dan dalam kereta bergerak, sorry la aku tak dapat agak. At least WAZE dapat membantu anda.

Jangan sedih atau rasa kesal kalau ada DISABILITIES cam ni (pujuk diri sendiri dulu). Kalau member kite jadikan bahan gelak, kite akui je ke DISABILITIES ni dan kite gelak sesame. Bukan gelak pepura atau gelak makan hati. Take it easy.

Kate la nak gi KLIA2. Nak memandu sensorang tak mampu, naik la public transport ke UBER ke dah settle. Kat KLIA pon cam shopping mall tapi rasenye lagi banyak papan tanda besar-besar. So don't worry selagi boleh nampak dan boleh membaca pasti sampai tempat ditujui. Aku pon selalu confuse di manakah diri ini jika berada dalam AEON, kenkadang lupe kat tingkat berape dah, tu tak masuk cari kereta yang telah diparking. Tak yah fikir sangat baik gi foodcourt dulu ke tak pon surau dulu ke kalau tak solat lagi. Dah settle sambung jalan-jalan balik sampai jumpa. Tips ni boleh diaplikasi kalau time tu tak ada perkara yang nak dikejar.

Terima je diri seadanya. Hentak hentak kepala kat dinding pon bukannya sambungan saraf kat otak tu boleh ok macam kau ketuk TV gemok zaman dulu tu (sekarang TV dah nipis). Doktor pon tak sure nak kasi pil ape. Kalau ade pil yang boleh mendatangkan rasa sabar rasenye itula pil yang paling sesuai. Ade ke? TERIMA kekurangan ada, banyak lagi KELEBIHAN yang telah diberi. Mungkin KEKURANGAN yang ade ni sebenarnya adalah perkara yang dapat mendatangkan kebaikan dalam hidup ini.